RESEPI UMPAN PALLET 920 PERISA PANDAN PERAM

Assalamualaikum.

Dimajukan resepi Umpan Pacu menggunakan Pallet 920 untuk manfaat dan ikhtiar tuan puan.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Pallet 920 - 2kg
2. Kelapa parut  - 2 Biji
3. Minyak Perisa Pandan (Jenama tak kisah)- 2 Botol kecil (30ml)
4. Emulsion Pandan (Flavour pekat) - 1 botol kecil (30ml)
3. Keropok Jenama ROSTIK (Untuk inti mata kail) - yang telah dilemaukan


Seterusnya tuan/puan perlu ikuti langkah bancuhan seperti berikut :-

1. Rendamkan Pallet 920 tadi kedalam air (air paip/mineral/air suling) selama 30 minit dan terus tos (tapis dedak untuk singkirkan air)
2. Masukkan 2 botol minyak pandan dan gaul rata.
3. Masukkan Emulsion Pandan 1 botol dan gaul rata.
4. Masukkan kelapa parut tadi sambil membuat perahan tangan secara manual dan gaul sekata.
5. Bekas yang digunakan perlulah ditutup rapat selama 3-5 hari untuk kesan maksima.

Cara mengepal :-

1. Guna mata BOMB yang mempunyai Spring. Kepal umpan tadi ke spring segenggam.
2. Mata kail atas BOMB sulamkan dengan Keropok Rostik lemau (Patahkan kecil-kecil supaya mudah masuk kedalam mata kail.
3. Mata kail bahagian bawah pula perlu di isi Keropok juga. Tetapi, anda perlu buat kepalan sebesar ibu jari sahaja pada mata kail tersebut.
4. Gunakan Kaedah Batu Ladung Mati No.2/ No.3/No.4 pada kekili atas.
5. Baling dan tanam lah umpan berulang kali ke lokasi balingan yang sama. In Shaa Allah.

p/s : jangan campur/tambah/jack apa jua perisa kepada pallet yang telah di peram.
      : patin juga mungkin meminati umpan ini, Jangan terkejut jika anda dapat ikan patin.

Sekian, selamat mencuba.
From : OJCENTERCUT







Comments